Kebakaran Di Geylang: Jasad Rakyat Malaysia Dibawa Pulang

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 8:05 PM

Lokasi kebakaran asrama yang mengorbankan empat rakyat Malaysia, pagi Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Jasad dua daripada empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam kebakaran sebuah asrama di Geylang pada awal hari Sabtu, diserahkan kepada waris masing-masing pada Isnin.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Kamsiah Kamaruddin berkata, jasad yang diserahkan itu ialah Jubitol Rumanjing, 37, dan Maslan Musundo, 43.

Katanya, jenazah mereka diterbangkan dari sini ke Kota Kinabalu menerusi penerbangan MI382 yang berlepas pada 2.40 petang dan dijadual tiba pada 7 petang. 

Jenazah itu kemudiannya akan dibawa ke Kota Marudu selepas perjalanan lima jam dari Kota Kinabalu.

Jubitol dan Maslan, dari Kampung Mangkapon, Pitas di Sabah, adalah antara empat rakyat Malaysia yang terkorban akibat kebakaran sebuah rumah kedai yang juga asrama di Lorong 4, Geylang, di sini.

Dua lagi rakyat Malaysia yang maut ialah Yusof Masrong, 49, dari Kampung Ulu Bungin di Staoh, Sibu, Sarawak, dan Ramu Kotiah, 50, yang jasad masing-masing telahpun dituntut oleh waris mereka pada Ahad. Lapan orang cedera dalam kebakaran itu.

Kamsiah berkata jenazah Yusof diterbangkan ke Kuching dengan penerbangan MH642 Malaysia Airlines pada 12.50 tengah hari ini, dan tiba di Kuching pada 2.50 petang, manakala mayat Ramu pula dibawa ke rumahnya di Taman Bertuah di Tasek, Ipoh, pada Ahad.

Sementara itu, Muslin, saudara lelaki Maslan, masih ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Besar Singapura. Dia melecur 35 peratus di dada dan tangan.

Kamsiah berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyalurkan bantuan kaunselor kepada keluarga semua mangsa.

"Kami turut mengatur urusan bagi membolehkan anggota keluarga mengiringi jenazah," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: kebakaran , Geylang , asrama , Kamsiah Kamaruddin

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan