Lelaki Maut Ditetak Dalam Taman Rekreasi

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau di sini, Isnin.

Mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui seorang guru wanita yang sedang beriadah dalam kawasan rekreasi itu pada pukul 10 pagi. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh lelaki itu antaranya di pipi, leher dan kedua-dua belah tangan manakala telinga kirinya putus.

"Berdasarkan kecederaan mangsa, dia dipercayai mempertahankan diri dalam pergelutan itu dengan menahan tetakan menggunakan kedua-dua tangannya.

"Kami juga percaya penyerangnya lebih daripada dua orang dan mereka bersenjatakan parang," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Mazlan berkata, berdasarkan keadaan mayat lelaki itu, polis percaya rakyat asing berkenaan mati kurang daripada tempoh 12 jam dan kejadian antara pukul 2 pagi dan 5 pagi.

Beliau berkata, polis juga mengesyaki suspek kejadian itu adalah dalam senarai individu dikehendaki polis berdasarkan modus operandi pembunuhan namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ditanya sama ada kemungkinan kejadian itu melibatkan rakyat Myanmar, beliau hanya berkata mangsa dipercayai rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada lengannya.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, terdapat kesan seperti diseluk pada poket seluar yang dipakai lelaki itu dan dia mungkin disamun kerana tiada barang berharga seperti dompet dijumpai.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Tags / Kata Kunci: taman rekreasi , tetak , maut

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan