Empat Maut Nahas Babit Dua Lori & Bas

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 6:43 PM

Kemalangan yang setakat ini meragut empat nyawa, manakala dua lagi cedera parah di PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Seremban pukul 3.04 petang, Isnin.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Empat maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan dua lori di Kilometer 264 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, kira-kira pukul 3 petang Isnin.

Difahamkan, antara yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah seorang wanita iaitu penumpang bas, dan dua lelaki iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu lori panjang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori panjang tanpa muatan dari arah utara dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah bas ekspres dan sebuah lori yang digunakan untuk projek pembesaran lebuh raya itu.

Laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula mengesahkan kemalangan pada pukul 3.04 petang itu meragut empat nyawa, selain memuatkan gambar kejadian berkenaan.

Operasi bagi mengeluarkan mangsa dijalankan dengan kerjasama bomba Seremban 2 dan Nilai, selain dibantu  pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



Tags / Kata Kunci: lebuh raya , bomba , Plaza Tol Seremban , PLUS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan