Dua Tembakan Dilepaskan Di Jeti Jabatan Kastam Menghadap Sungai Golok

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 11:16 PM

Salah satu kesan tembakan pada cermin di Pejabat Pengkalan Marin Kastam di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Penyerang tidak dikenali melepaskan dua tembakan di Pejabat Pengkalan Marin Kastam di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor, menyebabkan bahagian tingkap bangunan itu pecah,  Isnin.

Walau bagaimanapun, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, beberapa pegawai Kastam yang sedang bertugas tidak mengalami kecederaan kerana peluru terkena tingkap di bahagian pantri.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata para pegawai mendengar tembakan yang datang dari arah Sungai Golok.

"Kedua-dua pegawai melihat dua butir peluru bebola besi menembusi dinding pantri dan siasatan awal menunjukkan bahawa peluru bebola besi itu mungkin telah ditembak dari senapang udara, walau apa pun kita sedang menyiasat kes itu dengan teliti," katanya kepada pemberita di sini.

Mazlan berkata, tembakan berkemungkinan dibuat dari dalam bot dari jarak 20 ke 30 meter dari jeti Kastam.

"Kita melihat kes ini secara serius dan akan menyiasat sama ada kedua-dua pegawai Kastam adalah sasaran penyerang dan motif tembakan dan kami akan meminta bantuan polis Thailand bagi membantu siasatan," tambah beliau.

Mazlan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan