Dadah Bernilai RM1.5 Juta Dirampas, Sembilan Individu Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 11:27 PM

Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menunjukan ketulan ganja mampat yang dirampas oleh polis pada sidang media mengenai kejayaan mematahkan empat percubaan penyeludupan dan pengedaran dadah pada 4 hingga 7 Disember lalu di sekitar Selangor dan Pulau Pinang di Bukit Aman, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta dalam empat serbuan berasingan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, pada Khamis hingga Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan itu polis menahan sembilan individu termasuk tiga lelaki warga Nigeria, tiga lelaki tempatan, seorang warga Thailand dan dua warga Iran termasuk seorang wanita. 

Dalam serbuan pertama, Khamis lepas kira-kira 3.15 petang di Taman Sri Mentari, Petaling Jaya, Selangor polis menahan tiga lelaki Nigeria dan merampas sebuah kotak seberat 1.02kg yang mengandungi dadah jenis Syabu. 

"Syabu bernilai RM100,000 disorokkan di dalam mesin pengira wang dan penghawa dingin di dalam kotak itu bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin. 

Noor Rashid berkata, dalam kes kedua, Jumaat lepas kira-kira 1.25 petang polis menemui sebuah bagasi yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang, yang mengandungi Syabu seberat 3.4kg. 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, Syabu bernilai RM350,000 disorokkan di dalam ruangan khas bawah beg yang telah diubahsuai itu yang dihantar dari Doha ke Kuala Lumpur melalui penerbangan Qatar Airways. 

Dalam kes ketiga pada Sabtu lepas, polis menahan dua warga Iran termasuk seorang wanita yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tuntutan bagasi ketibaan di KLIA, Sepang. 

"Hasil pemeriksaan ke atas beg itu, polis menemui Syabu seberat 6.16kg yang disorokkan di satu dari ruang beg itu yang dianggarkan bernilai RM620,000," katanya.

Beliau berkata dalam kes terakhir di antara Sabtu hingga Ahad lepas, polis telah melancarkan satu operasi dan berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. 

Katanya, dalam operasi itu polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang warga Thailand dan merampas 119 ketulan ganja mampat seberat 119.4kg, yang disorokkan di dalam lima guni beras bernilai RM400,000.

"Hasil siasatan awal mendapati, dadah berkenaan dihantar melalui jalan laut dari daerah Satun, Thailand ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata polis menyita dua kereta jenis Honda dan Proton, dua motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dan Aprilia, wang tunai berjumlah RM7,000 serta wang Thailand 420 Baht. 

Kesemua mereka yang ditahan itu berusia antara 19 dan 58 tahun dan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan