SPRM Pahang Tahan 16 Individu Terlibat Rasuah

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan 16 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah rasuah tahun ini, kata pengarahnya, Zainul Darus.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 17 pertuduhan dibawa ke mahkamah atas kesalahan memberi dan menerima rasuah, membuat tuntutan palsu dan penyalahgunakan kuasa.

Katanya kejayaan SPRM turut melibatkan kerjasama orang awam yang turut membantu memberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang terlibat melakukan rasuah.

"Sehubungan itu saya berharap orang awam jangan takut untuk tampil membuat aduan kepada SPRM jika ada mana-mana pihak terlibat dalam memberi dan menerima rasuah kerana kita memerlukan kerjasama orang ramai dalam usaha memerangi gejala rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Larian Hapuskan Rasuah oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di Taman Gelora, dekat sini Ahad.

Kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan larian sejauh 3.2 kilometer itu anjuran bersama SPRM, Parti Gerakan, Majlis Perbandaran Kuantan dan kerajaan negeri.

Zainul berkata larian yang dianjurkan sempena Hari Anti Rasuah sedunia yang disambut pada 9 Dis setiap tahun itu bertujuan menarik semua lapisan masyarakat memerangi rasuah.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Pahang , Rasuah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan