Polis Tumpas Kumpulan Curi Kereta, Tahan Tiga Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan curi kereta berikutan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kampung Temenin Lama, di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi, 1 Disember lepas selepas bertindak atas maklumat.

"Polis memeriksa empat kereta di bengkel tersebut iaitu Proton Wira, BMW, Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata. Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata terbabit mempunyai nombor pendaftaran Singapura," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rahmat berkata hasil pemeriksaan mendapati Proton Wira itu dilaporkan hilang pada 9 Ogos lepas di Kota Tinggi manakala nombor enjin serta casis BMW, Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata pula sudah dikikis.

Beliau berkata seorang daripada tiga lelaki tersebut merupakan pemilik bengkel berkenaan dan dua daripada mereka didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta memiliki harta curi.

Menurutnya bengkel itu pula didapati tidak mempunyai lesen dan ia dipercayai digunakan sebagai tempat pengubahsuaian serta melupuskan barang curi.

Kerjasama polis Singapura akan dipohon untuk menyemak sama ada dua kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu pernah dilaporkan hilang, katanya.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 411 kanun sama iaitu menyimpan atau memiliki harta curi.
Tags / Kata Kunci: geng curi kenderaan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan