Kumpulan Perompak Guna Kereta Curi Untuk Majlis Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 8:56 AM

Mohd Yusoff (kiri) menunjukkan kenderaan yang dirampas.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sekumpulan perompak yang digambarkan oleh polis sebagai oportunis telah mencuri sebuah kereta Perodua Alza dan menggunakannya untuk majlis perkahwinan salah seorang saudara mereka.

Polis yang menahan kumpulan itu dalam satu siri serbuan di beberapa rumah, termasuk kandang lembu, terkejut apabila mendapati mencari kereta tersebut dihias dengan riben dan aksesori untuk perarakan perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Sepang Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata 10 lelaki itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 12 kes samun di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Serbuan pertama, katanya, dijalankan pada pukul 5.15 pagi pada 2 Disember apabila polis mengepung sebuah kandang lembu di Bukit Pelandok, Port Dickson.

"Apabila mereka menyedari kehadiran kami, mereka cuba menyerang anggota kami tetapi kami berjaya menahan lima daripada mereka," kata Mohd Yusoff di ibu pejabat polis daerah Sepang, Jumaat.

Beberapa bilah parang, telefon bimbit, komputer riba, kunci kereta, mesin timbang dan sebuah kereta Proton Perdana telah dirampas dalam serbuan itu dan beliau berkata pihak berkuasa juga menemui topeng ski, sarung tangan dan baton.

Beliau berkata siasatan menunjukkan bahawa lima daripada mereka telah tinggal di kandang lembu selama kira-kira sebulan untuk mengelakkan daripada pihak berkuasa berhubung kes pembunuhan di Shah Alam.

Berikutan soal siasat, polis menyerbu flat di Taman Perdana, Rawang, di mana empat lagi lelaki ditahan.

"Kami merampas sebuah Perodua Alza dan mendapati bahawa ia telah digunakan untuk perarakan perkahwinan salah seorang daripada saudara mereka.

"Pada hari yang sama, kami menemui sebuah Toyota Avanza yang diletakkan di hadapan sebuah lot kedai kosong di Morib," kata Mohd Yusoff, sambil menambah suspek terakhir ditahan pada pukul 6.30 petang hari berikutnya di sebuah flat di Shah Alam.

Ini membawa kepada penemuan sebuah kereta Toyota Camry di Kampung Baru Subang, Seksyen U6, Shah Alam.

"Kami percaya bahawa kumpulan itu telah aktif di Sepang, Klang, Rawang, Kuala Kubu Baru dan Port Dickson. Mereka adalah kumpulan oportunis dan akan merompak sesiapa sahaja apabila diberi peluang, "katanya.

Beliau berkata kumpulan lelaki itu telah menetak seorang mangsa dalam satu rompakan di Taman Pantai Sepang Putra pada 24 November.

Lapan daripada anggota kumpulan itu yang berumur antara 19 dan 44 tahun, sebelum ini pernah ditangkap di Simpang Renggam, dengan beberapa orang daripadanya mempunyai lebih 10 rekod jenayah.

Polis masih lagi memburu seorang lelaki yang berusia 27 tahun dikenali sebagai Kumaran Devaraju atau Panjang bagi membantu siasatan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan