Budak 8 Tahun Maut Dipercayai Akibat Jangkitan Kencing Tikus

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia pada Jumaat malam disyaki akibat jangkitan kencing tikus.

Amirah Maisarah Zir Omar Khan, anak sulung daripada tiga beradik meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas kerana demam panas.

Dua adiknya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom yang sama.

Ibu saudara mangsa Norlaila Mohamad, 32, berkata anak saudaranya itu demam panas sejak Selasa dan dibawa ke HSB tetapi dibawa pulang semula ke rumah di Taman Pinang Merah di sini pada hari yang sama.

"Hari Rabu dia dibawa semula ke hospital dan dimasukkan ke hospital dan meninggal pada Jumaat pukul 11.47 malam," katanya ketika ditemui di HSB.

Norlaila berkata ketiga-tiga beradik itu dan ibu bapa mereka pergi ke sebuah pusat rekreasi di Yan pada 20 Nov lepas.

"Nor Syazana masih dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta sementara Zaharah Alisa akan dibawa ke hospital petang ini," katanya.

Usaha menghubungi pihak hospital dan Jabatan Kesihatan negeri bagi pengesahan kes itu masih gagal mendapatkan sebarang maklum balas.


Tags / Kata Kunci: Kencing Tikus

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan