Siasatan Identiti Suspek Kes Jenayah Rentas Sempadan Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 4:09 PM

Jalaluddin Abdul Rahman
(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis masih menyiasat identiti seorang suspek dikehendaki yang ditahan bersama tujuh individu termasuk empat kanak-kanak kerana dipercayai terlibat dalam jenayah rentas sempadan di kawasan Pulau Bohayan, Semporna pada 30 Nov lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasukan keselamatan menahan suspek terbabit yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.

"Kita sedang menyiasat untuk mengesahkan tangkapan yang dibuat ini suspek terlibat dalam insiden penculikan (Konstabel Zakia Aleip) pada Julai lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbarisan tamat Latihan Asas Kepolisan Pelatih Konstabel Sokongan siri 1/2014, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, Sabtu.

Tanpa mendedahkan umur suspek, Jalaluddin berkata dia merupakan antara individu dikehendaki polis dan siasatan masih dijalankan bagi mengesahkan penglibatan suspek dalam insiden serang hendap terhadap dua anggota polis marin di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Dalam kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam, 12 Julai lepas, rakan sekerja Zakia, 26, iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan lapan pendatang asing termasuk empat kanak-kanak berusia lima hingga 65 tahun ditahan ketika cuba memasuki perairan Pulau Bohayan.

Kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Jalaluddin berkata polis Sabah menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam menangani masalah jenayah rentas sempadan termasuk mengesan beberapa suspek yang dikehendaki kerana dipercayai sentiasa bergerak antara kedua-dua negara ini.

Terdahulu, Jalaluddin menyerahkan lima kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai dengan menambah penggunaan senjata api berat bernilai RM91,000, kepada lima Ibu Pejabat Polis Daerah Pantai Timur Sabah iaitu Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Beluran dan Kota Marudu.

Sempena perbarisan itu, sebanyak 260 pelatih termasuk 82 wanita dari seluruh negara menamatkan latihan selama empat bulan sebelum dihantar ke daerah-daerah dan kontinjen negeri.


Tags / Kata Kunci: Sabah , Polis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan