Dua Wanita Ditahan Bersama 53kg Daun Ketum

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Dua wanita, masing-masing berusia 29 dan 64 tahun ditahan polis semalam kerana memiliki 53kg daun ketum bernilai RM954 dalam satu operasi di Pida 6 Baru, Kodiang dekat sini.

Wanita berusia 64 tahun yang dibantu oleh anak saudaranya berusia 29 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan menjual daun ketum sejak lima bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi, hasil maklumat awam dan pihaknya merampas sembilan beg plastik hitam berisi daun ketum yang disimpan di belakang rumah kediaman wanita itu.

Katanya, pihaknya percaya daun ketum itu mahu dijual kepada pihak lain yang memproses daun itu untuk dijadikan air ketum.

Beliau berkata, dua suspek berkenaan  direman selama empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan