Dua Lelaki Lepaskan Tembakan Samun Tujuh Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua lelaki bermotosikal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke udara dalam kejadian samun melibatkan tujuh mangsa di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Batu Berendam di sini, Khamis.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, kedua-dua penjenayah yang memakai topi keledar turut melarikan wang tunai milik tujuh mangsa berusia 19 hingga 56 tahun berjumlah RM5,000 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama milik mereka.

Seorang mangsa berusia 32 tahun yang enggan dikenali berkata ketika kejadian dia berada di kedainya dan sedang bersiap untuk memulakan perniagaan di bahagian menjual ikan sebelum dikejutkan dengan dua bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan.

"Dua lelaki yang menutup muka dan dipercayai masing-masing bersenjatakan pistol kemudian masuk ke pasar sebelum mengarahkan saya dan beberapa peniaga serta pelanggan menyerahkan wang tunai kepada mereka.

"Mereka kemudian melarikan diri dipercayai bersama dua lagi rakannya yang menunggu di luar pasar bersama dua motosikal dan kejadian mengakibatkan saya kerugian kira-kira RM400," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata ketika kejadian peniaga di pasar borong tersebut baru memulakan perniagaan sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal serta berjaket.

"Suspek yang disyaki bersenjata kemudian melarikan diri dipercayai dengan menaiki motosikal dan tiada kecederaan membabitkan mangsa dilaporkan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini.

Beliau berkata siasatan terperinci berhubung kes tersebut sedang dilakukan bagi mengenal pasti suspek terlibat ekoran kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar borong berkenaan rosak.

Katanya pihaknya juga sedang menyiasat jenis senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut kerana siasatan awal polis tidak menjumpai sebarang bukti fizikal di lokasi kejadian yang boleh dikaitkan dengan kejadian tembakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Melaka , Samun , Polis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan