Polis Bongkar Sindiket Palsu Pasport Antarabangsa, 7 Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 4:57 PM

pasport
(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis membongkar sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia setelah menahan tujuh lelaki rakyat asing dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, dekat sini tengah malam Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, rumah yang didiami tujuh lelaki yang dipercayai anggota sindiket terbabit diserbu pada pukul 12.50 tengah malam hasil maklumat awam dan risikan.

"Hasil siasatan ke atas empat lelaki Bangaldesh, dua Indonesia dan seorang Myanmar itu membawa polis ke sebuah bilik di rumah berkenaan yang dijadikan 'pejabat' untuk menghasilkan pasport antarabangsa palsu. 

"Kami menemui 17 pasport antarabangsa antaranya Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Myanmar serta cop Jabatan Imigresen Malaysia, cop kedutaan dan peralatan membuat pasport dalam bilik berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM715 dipercayai sebahagian daripada hasil pengeluaran pasport palsu sindiket berkenaan. 

Abdul Rahim berkata, sindiket itu beroperasi di rumah berkenaan sejak awal tahun ini dan dipercayai sebelum ini kumpulan terbabit sentiasa berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. 

"Polis percaya tugas tujuh lelaki terbabit yang bekerja di restoran dan kafe di sekitar Bayan Baru itu ialah membantu menghasilkan pasport sebelum menjual kepada pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata, polis juga telah mengenal pasti dalang sindiket terbabit dan usaha mengesan lelaki rakyat asing itu giat dijalankan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan