Pengakhiran Tragis Bagi Dua Sepupu

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 10:43 AM

Abdul Ghaffar Ibrahim

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Cuti sekolah hujung tahun sepatutnya menjadi saat meriangkan namun tidak bagi dua sepupu yang hidup mereka berakhir dengan kejadian tragis.

Abdul Ghaffar Ibrahim, sembilan, dan Azraie Mohamad Shariff, lapan, sedang melintas Jalan Datuk Kumbar untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat Isyak pada malam Rabu sebelum dilanggar oleh sebuah kereta.

Mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan di kepala dan badan. Mereka tercampak jauh dari tempat kemalangan berlaku.

Abdul Ghaffar adalah murid Tahun Tiga SK Alor Setar, manakala Azraie adalah seorang murid Tahun Dua SK Kuala Nerang.

Hati bapa kedua-dua mereka hancur luluh sebaik sahaja mengetahui tentang tragedi itu.

Bapa Abdul Ghaffar, Ibrahim Ahmad, menahan air matanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

"Kali terakhir saya melihat anak saya pada pukul 7 pagi sebelum keluar bekerja," katanya.

Bapa Azraie, Mohamad Shariff Ahmad, 39, berkata anaknya, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, pergi ke rumah neneknya untuk bercuti.

"Saya pernah bermimpi bahawa saya hampir melanggarnya ketika dia melintas jalan. Saya tidak pernah terfikir hidupnya akan berakhir seperti ini, '' katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan menunjukkan bahawa dua sepupu itu melintas jalan tanpa melihat kenderaan.

"Pemandu wanita berusia 20 tahun telah membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

"Kami sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan