Tauke Perabot Rugi Hampir RM2.6 Juta, Wang Dilesapkan Kerani Akaun

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 11:25 PM

wang
(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pemilik syarikat perabot kerugian hampir RM2.6 juta selepas kerani akaunnya melesapkan duit syarikat dan menghilangkan diri akhir bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka, Supt Ee Khong Koy berkata, mangsa lelaki warga Taiwan berusia 47 tahun itu menyedari perbuatan wanita berusia 51 tahun terbabit selepas menyemak akaun syarikat yang diusahakannya sejak 20 tahun lepas.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis selepas mendapati 46 transaksi pemindahan wang dalam akaun syarikatnya membabitkan nilai antara RM32,000 dan RM112,000.

"Transaksi kononnya bayaran kepada sebuah syarikat sebagai bayaran pembelian kayu kepada pembekal namun semakan mendapati syarikat tersebut menjalankan perniagaan nombor ramalan dan tidak pernah berurusan dengan syarikat milik mangsa.

"Mangsa kemudian menyoal kerani tersebut dan dia mengakui melakukan perbuatan itu sebelum melarikan diri pada 28 November lepas. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak keesokan hari," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita tersebut telah bekerja sebagai kerani akaun di syarikat berkenaan sejak 13 tahun lepas dan diberi kuasa membuat pengesahan pemindahan wang milik syarikat serta menjaga penyata syarikat.

Katanya, perbuatan wanita tersebut tidak disedari mangsa kerana mempercayai kerani akaunnya itu dan hanya menandatangani dokumen tanpa melakukan pemeriksaan terperinci terhadap pemindahan wang syarikat.

Ee berkata, pihaknya sedang memburu kerani tersebut, Vong Ai Foon yang alamat terakhir di No 16, Jalan PB 2, Taman Puncak Bertam, Malim di sini.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung wanita tersebut diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan