Dua Orang Asli Dikhuatiri Lemas Di Lombong

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 11:19 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang anggota tentera bersama rakannya yang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di Lombong Mines berhampiran Tanjung Tualang di Batu Gajah, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sebuah lombong Tronoh, Kampung Timah dekat Batu Gajah, malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 1 Perak, Ruhisha Haris berkata, kedua mangsa yang berasal dari Kampung Tangkai Cermin, Tanjung Tualang dikenali sebagai Azirin A/L Abdullah, 24, dan Lizhar A/L Junus, 25.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9.49 malam.

"Ketika kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, kedua-dua lelaki itu bersama tiga rakan lain sedang menjala ikan di lombong berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat di kawasan lombong seluas 2.8 hektar dengan kedalaman kira-kira 5.7 meter itu, bermula kira-kira 10.23 pagi Khamis.

Katanya, seramai 22 anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah serta polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan