Budak 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di kuarters Kilang PT Palm Oil Mill, Batu 7, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sebelum kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam, mangsa Siti Norain Maisarah Romli, 2, sedang tidur bersama-sama ibunya di ruang tamu kuarters berkenaan.

"Ayah mangsa yang berada di dalam bilik tidur utama tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di ruang tamu, kemudian bergegas keluar dan mendapati televisyen itu jatuh menghempap mangsa yang berada bersebelahan isterinya," katanya pada Rabu.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu kemudian membawa anak mereka ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan namun apabila tiba di bahagian kecemasan, mangsa didapati tidak sedarkan diri.

Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu telah meninggal dunia, katanya.

Mohd Shuhaily berkata televisyen itu berukuran 29 inci dengan berat dianggarkan 33 kilogram.

"Siasatan mendapati kabinet televisyen tersebut telah reput di bahagian bawah dan ia hanya dilapik dengan kayu manakala lantai ruang tamu juga tidak rata," katanya.

Beliau berkata hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu juga tidak menemui apa-apa kesan penderaan atau unsur jenayah serta perbuatan khianat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Televisyen , Polis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan