Polis Tumpas Sindiket Dadah, Rampas Dadah RM750,000

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 12:21 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Ara di sini dan menumpaskan sindiket dadah tempatan yang aktif di Pulau Pinang dan Kedah sejak setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah merampas sejumlah 6.5kg dadah bernilai RM750,000.

Beliau berkata, polis turut menahan 12 penduduk tempatan termasuk dua wanita semasa operasi pada 28 November di sebuah rumah di Sungai Ara dan sebuah kondominium di George Town.

"Selain dadah, kita juga merampas sembilan buah kereta dan empat buah motosikal berkuasa tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Penang Road, Selasa.

Beliau berkata polis juga menemui wang tunai berjumlah RM70,264 dan barang kemas.

Noor Rashid berkata polis percaya dadah itu adalah untuk pengedaran di pasaran tempatan di Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun manakala suspek yang berusia di antara 26-47 tahun telah disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan