Lelaki Rentung Kereta Meletup Langgar Pembahagi Jalan

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung selepas Toyota Vios yang dinaikinya merempuh pembahagi jalan di Jalan Loke Yew di sini.

Dalam kejadian pada Selasa, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Azizan Ismail berkata kereta itu meletup dan terbakar selepas merempuh pembahagi jalan kira-kira pukul 7.46 pagi.

Tujuh anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7:53 pagi.

"Lelaki itu, dalam usia lingkungan usia 30-an, telah terperangkap di dalam kenderaan dan mati di tempat kejadian," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Tags / Kata Kunci: Jalan Loke Yew , Azizan Ismail , rentung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan