Kebakaran: 9 Rumah Di Perkampungan Atas Air Kurnia Jaya Musnah

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 12:05 PM

Sembilan buah rumah musnah dalam kebakaran sekitar pukul 4 pagi Selasa di tepi laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas mengakibatkan 12 keluarga tinggal sehelai sepinggan. Terdapat kira-kira 480 buah rumah setinggan di kawasan berkenaan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sembilan rumah di perkampungan atas air Kurnia Jaya, Batu 4, di sini musnah dalam kebakaran awal hari Selasa. 

Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat mengawal api daripada merebak menyelamatkan 471 rumah lain daripada turut musnah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Sejumlah 23 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.03 pagi. Kami turut dibantu sembilan anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan tiga pekerja dari Sabah Electricity Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rudy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang mangsa, Norianah Rahul, 28, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama sembilan lagi anggota keluarganya.

"Saya hanya menyedari kebakaran itu setelah mendengar jeritan seorang penduduk di sini dan kami sekeluarga terus menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah sampan yang ada di bawah rumah," katanya yang menetap di situ sejak 20 tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: kampung atas air , Kurnia Jaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan