Pusat Khidmat Adun Seberang Jaya Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 5:50 PM

Anggota Unit Forensik polis menjalankan pemeriksaan susulan kebakaran di Pusat Khidmat Adun Seberang Jaya, Isnin.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin di Taman Siakap di sini didapati terbakar awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superitendan Baharom Abu berkata, terdapat kesan terbakar di hadapan pintu masuk dan dinding pusat itu.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai membakar kon keselamatan mudah alih yang terdapat di hadapan pusat khidmat berkenaan dan membalingnya ke dalam kawasan pagar pejabat yang terkena dinding serta pintu masuk," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan berkenaan.

Dr Afif menyifatkan kejadian itu sebagai percubaan jahat untuk mengganggu keselamatan beliau dan kakitangannya.

"Pertama kali kejadian sebegini berlaku dan saya khuatir ianya menjadi satu tindakan jahat yang bertujuan untuk mensabotaj kerja-kerja kami di sini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan