APMM Labuan Selesai Banyak Kes Jenayah Maritim Berprofil Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM) Labuan menyelesaikan sejumlah kes jenayah berprofil tinggi sejak akhir tahun lalu sehingga Mei tahun ini dengan kes paling serius membabitkan penyeludup memiliki peluru hidup.

Pegawai Operasi APMM Labuan, Leftenan Maritim Nik Izwan Farid Md Daud berkata, agensi itu juga telah menggagalkan penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai RM1.5 juta menggunakan kapal kargo.

Dengan maklumat dan respons intensif nelayan tempatan, sekumpulan 10 nelayan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan negara, kata Nik Izwan Farid kepada Bernama di sini Isnin.

"Mereka ditangkap dalam operasi bersepadu bagi mengekang pencerobohan nelayan asing, penyeludupan dan lanun," katanya.

Katanya, modus operandi penyeludup kerap berubah namun dengan maklumat risikan, operasi yang dijalankan membuahkan hasil.

"Kita akan melakukan apa yang termampu bagi membanterasnya (penyeludupan) agar ia tidak berakar umbi dan mudah dihapuskan di peringkat awal," katanya.

Nik Izwan berkata, kebanyakan kes yang ditangani APMM Labuan adalah pendatang asing tanpa izin tanpa dokumen, penangkapan ikan secara haram, pencerobohan di kawasan larangan platform minyak dan gas, taman laut dan rompakan luar pesisir.

Beliau berkata, sejumlah RM507,600 aset dan 352 orang diselamatkan melalui beberapa operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak tahun 2007 hingga November tahun ini.

"Ini menunjukkan dengan bilangan aset dan anggota yang terhad kita masih mampu menjalankan tugas dengan berkesan," katanya.


Tags / Kata Kunci: APMM , Labuan , Nik Izwan Farid Md Daud , peluru

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan