Dua Tangan, Kaki Kiri Ditemui Di Simpang Ampat

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 11:16 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Dua belah tangan dan kaki kiri dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tali air belakang sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, anggota badan manusia itu ditemui pekerja stesen minyak tersebut pada 7 malam.

"Kaki kiri yang ditemui itu lengkap berseluar jeans biru dan ia sepadan dengan kaki kanan yang ditemui di tali air Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.

Jarak antara Simpang Ampat dan Sungai Bakap kira-kira tiga kilometer dan polis percaya anggota badan itu milik warga asing kerana tiada suntikan BCG, katanya sambil memberitahu dua belah tangan dan kaki kiri itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap.

Pada Sabty, kaki kanan dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, tidak jauh dari lokasi mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui pada Khamis lepas.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan