Elak Cukai Kereta Mewah, Dua Lelaki Ditahan SPRM

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan dua lelaki mengaut keuntungan mudah dengan menjual kereta mewah bernilai hampir RM1 juta tanpa melunaskan cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia membawa padah apabila mereka dicekup penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Suspek yang terdiri daripada pengurus syarikat swasta itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram apabila mengelak daripada membayar cukai Kastam sebanyak hampir RM300,000.

Mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SPRM dalam kenyataan pada Ahad berkata, kedua-dua lelaki terbabit dikesan menggunakan kemudahan pinjaman daripada sebuah bank untuk membeli kereta mewah itu sebelum ia didaftarkan di Langkawi.

"Bagaimanapun suspek telah membuat penukaran hak milik dan mendaftar kenderaan itu di Lembah Klang setelah proses pembatalan syarat khas Kastam dibuat tanpa melunaskan cukai Kastam.

"Kereta mewah itu telah dijual kepada sebuah syarikat menjual kereta dengan nilai hampir RM1 juta, manakala wang yang diperolehi telah digubah ke beberapa akaun termasuk dibelanjakan," jelasnya.

SPRM memberitahu, berikutan itu kedua-dua suspek kini telah ditahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 serta kesalahan menipu.

Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Jamidan Abdullah yang mengesahkan mengenai penahanan itu berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian fokus suruhanjaya berkenaan terhadap sektor swasta. 


Tags / Kata Kunci: SPRM , Putrajaya , Langkawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan