Dua Lemas Di Pekan, Satu Masih Hilang

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 6:04 PM

Penduduk kampung berenang dan mendayung bot dalam usaha mencari mangsa lemas Mohamed Azizul Mohamed Ali, 28, di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa di Pekan, Ahad. Mohamed Azizul masih hilang manakala seorang lagi mangsa Zuhair Sulong, 42, telah dijumpai kira-kira 9.48 pagi. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seorang penjawat awam ditemui mati lemas manakala rakannya masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa, di sini, Sabtu.

Mayat Zuhair Sulong, 42, dari Kampung Pulau Jawa ditemui penduduk kampung pada pukul 9.50 pagi Ahad, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 6 petang itu, Zuhair bersama Azizul Mohd Ali, 28, dan seorang lagi rakan mereka yang terselamat, Said Harun, 31, sedang menaiki bot selepas mengambil buah kelapa di Pulau Che Abbas. 

Katanya, bot yang dinaiki tiga rakan itu dipercayai tenggelam akibat terlebih muatan. 

"Zuhair dan Azizul dipercayai tidak pandai berenang menyebabkan mereka hilang dibawa arus manakala Said selamat selepas berjaya berenang ke darat. 

"Setakat ini Azizul masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan yang melibatkan pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata mayat Zuhair, Pembantu Rendah Am di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Pekan itu dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. 

Sementara itu, seorang remaja berusia 18 tahun, Khairul Ikhwan Abdul Latif dari Taman Bukit Goh Perdana, di sini ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tertai dekat Kampung Sungai Mas, Sungai Lembing dekat sini, pagi Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.05 pagi. 

"Mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh Orang Asli yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada pukul 11.26 pagi," katanya. 

Mayat itu Khairul Ikhwan, pembantu kedai runcit milik bapanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan