Dua Ditahan Selepas Curi Mercedes

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 7:45 PM

Munusamy (dua kanan) dan Ketua Polis Balai Jinjang, ASP Ahmad Lutfi Abdul Mutalib (kanan) menunjukkan sebuah kereta mewah yang berjaya dirampas dalam satu tangkapan pada 28 November lalu semasa sidang media mengenai kes curi kenderaan di sini, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua individu ditahan polis kurang daripada dua jam selepas kedua-duanya didakwa memecah masuk ke sebuah rumah dan mencuri sebuah kereta di Brickfields.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kedua-dua suspek berusia 23 tahun, ditahan di sebuah bengkel di Jalan Tebing Timur, Jinjang Utara pada kira-kira pukul 6.50 petang Jumaat lalu selepas dimaklumkan oleh pemilik kereta tersebut.

"Suspek ketika ditahan, sedang membuat pertukaran nombor pendaftaran pada kereta itu, sebuah Mercedes Benz warna perak, bagi mengelakkan sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

"Siasatan turut mendedahkan bahawa mereka pernah terbabit dengan memecah masuk sebuah kereta yang hampir sama bagi mencuri cukai jalan selepas melarikan Mercedes tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Ahad.

Munusamy menambah, berdasarkan pemeriksaan, kedua-dua suspek merupakan individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes rompakan dan berkaitan dadah.

Suspek direman selama tiga hari sehingga Isnin.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan