Proton Iswara Bertembung: Seorang Maut, Dua Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah Proton Iswara di KM27.1, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dekat sini, pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Zulkifli Adamsah berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, kereta yang dipandu V. Bathmanathan, 36, dari arah Seremban menghala ke Port Dickson hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri.

"Sebuah lagi kereta dari arah sama telah melanggar kereta mangsa...akibat daripada pelanggaran tersebut, Bathmanathan yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Zulkifli berkata rakan mangsa, M.N. Nagaraj, 27, yang cedera ringan di muka menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

Pemandu sebuah lagi kereta, Muhammad Hazim Amiril, 24, seorang anggota tentera, patah paha kanan dan dua tulang rusuk turut menerima rawatan di hospital sama, katanya.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk di bahagian hadapan.

Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tags / Kata Kunci: Port Dickson , Maut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan