Empat Individu Ditahan Kerana Samun Di JB

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat daripada enam individu yang dilaporkan terlibat dalam kes samun, ditahan polis apabila gagal melarikan diri selepas dikesan di kawasan Majidee di sini awal hari Sabtu. 

Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita sebelum itu melakukan samun ke atas seorang lelaki berusia 75 tahun di Jalan Serampang, Taman Pelangi yang terletak 3.5km dari situ pada 6.30 pagi. 

"Mangsa cedera di bahagian leher dan patah tulang rusuk kanan selepas dipukul ketika mereka cuba memeras wang sebanyak RM15,00 daripadanya," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Sulaiman Salleh dalam satu kenyataan di sini. 

Gagal mendapatkan wang daripada mangsa, mereka melarikan kereta Perodua Kenarinya.

Menurut Sulaiman, apabila dikesan kereta peronda polis, suspek yang menaiki Hyundai Starex enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian sebaliknya terus memecut laju melarikan diri. 
 
Ketika dikejar, kereta suspek melanggar beberapa kenderaan awam dan terpaksa berhenti di Jalan Bunga Ros, Majidee selepas kedua-dua roda hadapan kereta itu mengalami kerosakan. 

"Tiga suspek wanita berjaya ditahan dalam kenderaan terbabit dan seorang suspek lelaki ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran. Mereka berusia di antara 15 dan 23 tahun," katanya. 

Dua lagi lelaki berjaya meloloskan diri dengan salah seorang daripada mereka dilaporkan telah melarikan sebuah kereta Toyota Vios berwarna biji kundang, milik seorang penduduk di Jalan Antoi, Majidee. 

"Suspek telah memperdaya seorang wanita berusia 45 tahun dengan menyatakan dirinya sedang dikejar oleh orang yang cuba membunuhnya dan meminta dihantar untuk mendapatkan teksi. 

"Suspek meminta air kerana kehausan dan bila mangsa masuk ke dalam rumah, suspek berkenaan terus melarikan kereta mangsa," kata Sulaiman. 

Polis kini sedang giat memburu kedua lelaki berkenaan. 
Menurut Sulaiman, mangsa samun yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Kereta Perodua Kenari miliknya pula ditemui di Jalan Landak Raya, Taman Century yang terletak kira-kira 2km dari tempat kejadian manakala Hyundai Starex yang digunakan suspek didapati dilaporkan hilang di Yong Peng, Batu Pahat sebelum ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: Sulaiman Salleh , samun

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan