Polis Tunggu Laporan Bedah Siasat Mayat Tanpa Kepala

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 9:57 PM

Abdul Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti sama ada mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni yang ditemui dalam tali air di tebing sungai Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala di Bukit Mertajam pada Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh esok.
 
"Bedah siasat kepala lelaki yang ditemui di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam itu telah dijalankan pada Rabu dan sekarang ini polis tunggu laporan bedah siasat mayat tersebut.
 
"Selepas terima laporan, baru kami boleh tentukan sama ada kepala dan badan yang ditemui secara berasingan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria dipercayai diletakkan dua penunggang motosikal.
 
Manakala semalam, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk di dalam tali air di Sungai bakap yang dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing berkenaan.

Abdul Rahim berkata setakat ini polis masih belum dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mayat berkenaan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
 
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 51 kes pembunuhan dengan 33 kes membabitkan warga asing dilaporkan di Pulau Pinang.
 
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes bunuh membabitkan warga Myanmar dan siasatan polis mendapati kebanyakkannya membabitkan motif pergaduhan di tempat kerja, mabuk dan hutang," katanya.
Tags / Kata Kunci: mayat tanpa kepala

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan