Remaja Lelaki Maut Motosikal Dirempuh Kereta Pacuan Empat Roda

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Raja, di sini awal pagi Jumaat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Supritendan S. Markandan berkata dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa Irham Muzani Azhar, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat, katanya.

Markandan berkata ketika kejadian, kereta jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki bersama tiga rakannya, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan.

Ini mengakibatkan ia bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah bertentangan.

Katanya keempat-empat mereka dirawat di HKL kerana cedera ringan.

Tags / Kata Kunci: maut , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan