Lelaki Maut Ditembak Pemburu - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Maut Ditembak Pemburu

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan seorang lelaki yang dipercayai sedang berburu di ladang rakyat Estet Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, mangsa Mohd Zulkifli Mat Isa, 48, dilaporkan ditembak lelaki berkenaan yang sedang memburu bersama seorang lagi rakannya di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata selepas terkena tembakan itu, mangsa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan oleh kedua-dua suspek.

"Mangsa yang tiba di klinik berkenaan kira-kira jam 9.30 malam masih bernafas, namun selang beberapa minit kemudian mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor," katanya.

Beliau berkata mangsa terkena lima das tembakan di kepala, bahu kiri dan peha kanan.

Lai berkata pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 40 dan 48 tahun itu atas kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian.

"Kedua-dua suspek kini di reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan kerana menyangkakan mangsa adalah kijang yang diburu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Kijang , Pemburu , Tembak
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan