Ahli Kongsi Gelap Sakai Ditahan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Lapan anggota kumpulan kongsi gelap Geng Sakai 24, kumpulan Beng Hoey dan Sam Tai Coo adalah antara 70 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas Bersepadu di sini, Kerian dan Manjung.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun itu ditahan antara pukul 2 petang Rabu hingga tengah malam Khamis.

Mereka terdiri daripada tiga anggota Geng Sakai 24, empat anggota Ang Beng Hoey dan seorang anggota Sam Tai Coo.

Beliau memberitahu pemberita di sini pada Jumaat, tiga daripada mereka amat dikehendaki kerana terbabit dalam kes samun, dadah dan penipuan.

Dalam operasi itu, 23 individu yang terdiri daripada tiga penjaga rumah urut, tujuh wanita China dan 13 wanita Thailand yang tidak mempunyai permit turut ditahan atas kesalahan maksiat di Setiawan dan Lumut, katanya.

Paramasivam berkata selain itu turut ditahan ialah 32 pendatang asing tanpa izin di Simpang dan Bagan Pachor yang melibatkan 28 warga Indonesia dan empat warga Myanmar.

Sementara itu beliau berkata tujuh lelaki ditahan atas kesalahan menyeludup rokok dan minuman keras di Pantai Remis, Tanjung Piandang dan Kuala Sepetang.

"Hasil penahanan mereka, 579 kartun rokok pelbagai jenama, 928 botol minuman keras dan 90 kotak mercun dengan jumlah rampasan bernilai RM40,898 dirampas, selain 122,629 liter diesel dengan rampasan RM269,783.80," katanya.

Dalam Ops Tapis Khas Bersepadu pula, A. Paramasivam berkata polis menahan 23 orang kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah di sekitar Kuala Sepetang, Kampung Seberang dan Bagan Panchor awal bulan ini.

Sebanyak 15.2 gram pelbagai jenis dadah turut dirampas iaitu heroin (8.6 gram), syabu (0.7 gram), ganja (4.9 gram) dan Eramin 5 (dua biji seberat 1.0 gram), katanya.


Tags / Kata Kunci: Geng Sakai , Polis , Manjung

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan