Polis Buru Suspek Kes Tipu RM1,00 Di Mesin ATM

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian menipu seorang mangsa melibatkan kerugian RM1,000 di Mesin Teler Automatik (ATM) sebuah pusat beli belah, di sini Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rahim Yusof, 48, telah memperdayakan mangsa dengan mengadu bahawa kad ATMnya tersangkut di dalam mesin dalam kejadian kira-kira 9 malam itu.

"Suspek telah meminta pengadu menolong bertanyakan nombor 'helpline' ATM tersebut dan bertanya sama ada pengadu memiliki kad ATM lain sebelum mengajak mangsa ke mesin ATM lain untuk melihat nombor akaun mangsa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Ketika di hadapan mesin ATM itu, mangsa seorang penyelia sebuah kolej di sini bertindak memasukkan kad dan nombor pinnya sebelum suspek secara tiba-tiba terus menekan amaun RM1,000 dan mengeluarkan wang tersebut, kata Maszely.
 
"Mangsa membiarkan suspek mengambil wang itu dan suspek berjanji akan memulangkan wang mangsa dalam masa 30 minit.
 
"Mangsa juga sempat mengambil nombor telefon suspek iaitu 011-18656535 dan menangkap gambar kad pengenalan suspek. Mangsa berasa tertipu dan datang ke balai untuk buat laporan polis," katanya.

Maszely berkata suspek yang beralamat terakhir di No. 299 Perkampungan Kampung Tersusun Bukit Jana, 34600, Kamunting, Perak juga pernah ditangkap melibatkan empat kes jenayah.
 
"Dua di Batu Gajah, Perak dan dua kes yang masih dalam siasatan di Ipoh, Perak. Polis sedang dalam usaha untuk mengesan dan tangkap suspek," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Fairuz Mohd Omar di talian 05-5461071 atau 017-4203931 dan boleh menghubungi balai polis berhampiran.


Tags / Kata Kunci: curi mesin ATM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan