APMM Sedia Hadapi Penyeludupan Hujung Tahun

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyusun strategi untuk mengekang kegiatan penyeludupan yang dijangka meningkat dari perairan luar pantai Labuan ke Sabah dan Sarawak menjelang Krismas.

Pegawai operasi APMM Labuan Lt (Maritim) Nik Mohd Izwan Farid Md Daud hari ini berkata agensi itu juga mengenal pasti titik panas penyeludupan, antaranya perairan luar pantai Lawas, Sarawak; kawasan larangan minyak dan gas; taman laut dan perairan luar pantai Menumbok, Sabah.

"Kami akan kekang kegiatan penyeludupan secara berleluasa dari kawasan perairan di luar pantai Labuan ke tanah besar kedua-dua negeri itu," katanya.

APMM Labuan mempunyai tiga kapal ronda dan lima bot berkuasa tinggi serta 133 anggota untuk menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan luar pantai pulau bebas cukai ini, katanya.

Nik Mohd Izwan berkata APMM juga menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Laut; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam untuk meningkatkan keberkesanan tugas pemantauan dan penguatkuasaannya.

Kata beliau kerjasama rapat juga dijalin dengan nelayan tempatan, yang bertindak sebagai 'mata dan telinga' APMM untuk mengawal kegiatan penyeludupan.


Tags / Kata Kunci: APMM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan