Polis Tahan Suspek Kes Bunuh Warga Emas

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan di sekitar Kuala Ketil pada Selasa bagi membantu siasatan polis berhubung kematian sepasang suami isteri warga emas di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Dalam kejadian antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari Selasa, Zahari Yahya, 66 dan isterinya Salmah Husin, 61 yang merupakan pesara kerajaan ditemui mati terbaring secara berasingan dalam rumah mereka dengan kesan tetakan di bahagian tengkok dan belakang.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata suspek ditahan hasil siasatan terhadap anak angkat lelaki mereka yang berusia 24 tahun yang menjumpai mayat mangsa selepas pulang daripada kerja pada pukul 12.20 tengah hari Selasa.

"Semalam kita telah ambil keterangan daripada anak angkat mangsa dan hasil daripada itu kita telah menahan seorang suspek yang juga merupakan kenalan kepada anak angkat mangsa. Mungkin ada suspek lain yang terlibat dan kita masih menyiasat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Rabu.

Zakaria berkata polis juga masih menyiasat motif pembunuhan kerana setakat ini pihaknya mendapati tiada barang berharga yang hilang.

"Barang kemas di badan mangsa tidak ada yang hilang tapi dipercayai ada barang kemas dalam simpanan mangsa yang hilang tapi kita belum pasti sama ada ianya hilang sebelum atau masa kejadian.

"Suspek ditahan reman mulai hari ini hingga 2 Dis bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Baling , Polis , Bunuh

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan