Cuepacs Kesal Ugutan Bunuh Terhadap Anggota JPJ

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 8:28 PM

Azih Muda

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Cuepacs meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang mengeluarkan perkataan kesat dan ugutan bunuh melalui laman sesawang terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata dua individu terbabit membuat ugutan itu selepas tidak berpuas hati terhadap kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad, baru-baru ini.

Beliau berkata apa yang dimaksudkan oleh Ismail ialah sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya, maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.

"Ketua Pengarah JPJ mengeluarkan kenyataan bahawa statistik pada 2020 menjangkakan angka kematian akibat kemalangan jalan raya adalah 10,716 orang.

"Itu cuma statistik, orang ramai sepatut menerimanya sebagai satu perangkaan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Organisasi Yayasan Pekerja Malaysia (Yapem), pada Selasa.

Azih berkata JPJ cuba menguatkuasakan undang-undang sedia ada namun telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada dua individu itu sehingga sanggup mengeluarkan perkataan kesat dan ugutan bunuh kepada anggota JPJ.

"Perbuatan mengugut hingga mengancam keluarga dan anak-anak anggota JPJ merupakan perilaku yang berada di luar norma batasan manusia yang waras,"katanya.

Sehubungan itu, dua laporan polis dibuat oleh lapan anggota Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada Isnin.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri berkata penyebaran ugutan bunuh dan kata-kata kesat dikesan di laman sesawang sejak tiga hari lepas.

Tags / Kata Kunci: cuepacs , jpj , ugut bunuh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan