Polis Sifatkan Kematian Seorang Tahanan Sebagai Mati Mengejut

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu, yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.
 
"Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis," kata beliau dalam kenyataan, Isnin.

Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas.

"Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail. Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut," katanya.

Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek Syed Mohamed Nur Ali, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada.

Beliau menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan.

Hasnan berkata pihak polis sedang menyiasat laporan polis yang dibuat oleh bapa suspek dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan kimia untuk melengkapkan siasatan kes ini sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Suspek merupakan salah seorang dari lapan suspek terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di daerah Kota Tinggi pada 19 September tahun ini, katanya.

Menurutnya suspek juga merupakan penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah sekatan.

Sementara itu, Syed Mohamed Nur pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata sekumpulan anggota polis telah menyerbu rumahnya kira-kira 5 pagi di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Pengerang dan hanya menyatakan mencari senjata api.

"Mereka menyatakan anak saya telah ditahan dan ingin mencari senjata api di rumah berkenaan. Saya beritahu mereka saya hanya ada sepucuk senapang patah dan mempunyai lesen yang sah," katanya.

Beliau berkata setelah pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata, salah seorang pegawai memintanya untuk datang ke balai untuk membantu siasatan dan mendakwa beliau dikasari oleh beberapa anggota polis semasa ke balai polis tersebut.

Syed Mohd Azlan merupakan anak bongsu daripada lima beradik, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan