Pesawat Kendalian Juruterbang Pelatih Terhempas Dalam Parit

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang juruterbang pelatih yang melakukan penerbangan solo cedera selepas pesawat yang dikendalikannya terhempas ke dalam parit semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Dipercayai pelajar berkenaan sedang melakukan latihan pengendalian pesawat selepas pesawat empat tempat duduk Piper PA28-161 itu diberi isyarat mendarat bersama sebuah lagi pesawat lain yang dimiliki oleh sebuah kelab penerbangan.

"Pesawat pertama mendarat dengan selamat. Tetapi apabila sebuah lagi pesawat  mendarat, entah bagaimana juruterbang hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di tepi landasan," kata seorang pegawai lapangan terbang, sambil menambah empat pesawat bergilir-gilir untuk mendarat pada masa itu.

Beliau berkata pesawat ketiga dan keempat mendarat dengan selamat, sambil menambah kemalangan itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang.

Juruterbang pelatih berusia 20-an, telah dihantar ke Hospital Kulai kerana mengalami kecederaan di muka dan tubuhnya pada pukul 2 petang Sabtu.

Salah seorang daripada mereka yang telah bergegas untuk membantu berkata juruterbang itu telah dibawa keluar dari pesawat itu ketika dia sampai ke tempat kejadian.

"Saya segera menghantarnya ke hospital untuk rawatan," katanya, yang enggan mendedahkan butiran lanjut.

Difahamkan Jabatan Penerbangan Awam telah diberitahu mengenai kemalangan itu.

Insiden terakhir yang melibatkan kelab penerbangan ini berlaku lima tahun lalu apabila seorang pegawai bank terperangkap selama enam jam terperangkap dalam bangkai pesawat dua tempat duduk, Cessna,  sebelum penyelamat menemuinya di hutan simpan Gunung Pulai.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan