Jaim Tahan Empat Pasangan Warga Indonesia Disyaki Bersekedudukan

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan empat pasangan warga Indonesia berusia antara 24 hingga 36 tahun kerana disyaki bersekedudukan, awal pagi Ahad.

Ketua Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan itu ditahan di tiga hotel bajet di Bachang dan pusat bandar raya ini dalam operasi bermula pukul 12 malam tadi hingga 5 pagi ini.

"Seorang lelaki warga Indonesia itu berusia 36 tahun cedera di kaki kanan akibat terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

Katanya, dalam operasi dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, bertujuan mencegah kegiatan menyalahi undang-undang agama Islam dalam kalangan umat Islam.

Tags / Kata Kunci: Jaim , Indonesia , hotel bajet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan