Tiga Lagi Individu Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Aktiviti Keganasan

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 6:18 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lagi individu termasuk dua orang wanita, ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. 

Suspek wanita berkenaan berusia 34 tahun, yang mana suaminya telah pun didakwa kerana menyokong Kumpulan Negara Islam (IS), seorang lagi suspek berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun ditahan dalam serbuan yang diadkaan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Jumaat. 

"Kami percaya mereka menggunakan Facebook untuk menghantar dana untuk IS dan menghantar rakyat Malaysia ke Syria. 

"Mereka juga dipercayai menggunakan media sosial untuk berhubung dengan anggota IS," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu. 

Beliau berkata kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman. 

"Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan, Kesalamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma)," katanya. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan