Jurujual Lemas Dalam Kolam Renang di Bandar Hilir

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 7:18 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang jurujual lelaki ditemui lemas dalam Kolam Renang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bandar Hilir di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam, Eng Che Huan, 35, ditemui di dasar kolam itu yang sedalam 3.7 meter oleh petugas penyelamat MBMB.

Beliau berkata Eng, jurujual di sebuah syarikat tayar di Batu Pahat, Johor itu, pergi ke kolam itu bersama-sama teman wanitanya kira-kira 7 petang semalam.
 
"Ketika mangsa ditemui, teman wanitanya berada di dalam bilik persalinan dan hanya menyedari insiden itu semasa mangsa sedang diberi rawatan kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk dibedah siasat.
 
Sementara itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 pengunjung berada di sekitar kolam itu.

"Bagaimanapun, punca mangsa lemas tidak diketahui tetapi anggota penyelamat menyedari kejadian itu apabila ternampak mangsa di dasar kolam dan segera mengambil tindakan kecemasan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menutup operasi kolam renang itu selama dua hari bermula hari ini.


Tags / Kata Kunci: lemas , kolam renang , jurujual

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan