SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Babitkan Ahli Politik, Warga China

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat ketua eksekutif sebuah firma dari China, Li Yang yang mendakwa pernah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN).

Bayaran berkenaan didakwa bertujuan mendapatkan gelaran 'Datuk' bagi memudahkan operasi perlombongan di Bukit Besi, Terengganu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Li bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan tersebut.

"Dakwaan yang dibuat oleh Li boleh merosakkan nama dan imej pihak istana kerana kemungkinan ada pihak tengah yang cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan.

"SPRM akan bertindak tegas jika benar wujud perbuatan meminta wang sogokan atau rasuah daripada ahli-ahli perniagaan bagi memudahkan operasi mereka," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Li, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT) dengan mendakwa dia membayar kira-kira AS$100,000 kepada beberapa ahli politik yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.

Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk 'membina hubungan' dengan ahli politik dan pihak istana.

Tags / Kata Kunci: Li Yang , SPRM , Rasuah Politik

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan