Anggota Polis Pernah Koma Tiga Bulan Buat Laporan Polis Duit Dicuri

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis belum pulih sepenuhnya dari segi mental akibat kemalangan yang menyebabkan dia koma membuat laporan polis bahawa dia hilang RM1,550 selepas berkunjung ke spa di Plaza Sungai Wang.

Inspektor polis itu, dalam laporannya mendakwa dia telah menggunakan khidmat pelacur dan menyedari wang itu hilang kira-kira pukul 3 pagi Khamis.

Difahamkan, anggota polis itu telah menghubungi bilik operasi polis Dang Wangi sekitar pukul 3 pagi bagi mendapatkan bantuan untuk mencari wangnya yang hilang dan didakwa telah dicuri oleh pelacur itu.

Dua anggota polis datang ke spa tersebut dan diminta oleh inspektor polis terbabit untuk menggeledah premis itu.

Wang itu bagaimanapun tidak ditemui dan inspektor polis itu kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan laporan polis.

"Saya tahu cerita ini telah menjadi viral di internet dan di WhatsApp, tetapi saya mahu orang ramai mengetahui ceritanya sepenuhnya.

"Anggota polis ini telah terlibat dalam kemalangan yang teruk pada tahun 2012 yang menyebabkan dia koma selama lebih dari tiga bulan.

"Dia telah sedar daripada koma tetapi mentalnya tidak sembuh sepenuhnya," katanya sambil menambah bahawa polis telah merujuk anggota berkenaan ke lembaga perubatan, supaya dia dilepaskan dengan cara baik kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan, tetapi ditolak.

Beliau berkata pegawai itu ditugaskan semula untuk melakukan tugas di bilik litar tertutup ibu pejabat polis, tetapi tidak dibenarkan untuk mengendalikan senjata.

"Saya menggesa orang ramai bersimpati kepadanya yang telah melalui banyak masalah sejak kemalangan itu," katanya sambil menambah polis akan menyiasat perkara itu dan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil.
Tags / Kata Kunci: polis koma , Datuk Tajuddin Md Isa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan