Polis Cari 21 Individu Bantu Siasatan Kes Rempuh UM - Berita Jenayah | mStar

Polis Cari 21 Individu Bantu Siasatan Kes Rempuh UM

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 9:56 PM

Enam daripada 21 individu yang dikehendaki pihak polis bagi membantu saiatan kes pencerobohan UM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat mengeluarkan gambar 21 individu yang boleh membantu siasatan kes pencerobohan di Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Dilaporkan bahawa sebelum ini UM membuat laporan polis berhubung pencerobohan dan kerosakan pintu pagar semasa himpunan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.


Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah menggesa 21 individu berkenaan tampil membantu siasatan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menangkap mereka sebaliknya kami hanya mahu merekodkan kenyataan mereka.

"Bantuan mereka penting bagi melengkapkan siasatan peringkat akhir. Sila maklumkan kepada mereka jika anda mengetahui siapa mereka," katanya.


Bagaimanapun katanya, polis berkemungkinan akan mendapatkan waran tangkap sekiranya kesemua 21 individu terbabit gagal tampil membantu pihak polis.

Tags / Kata Kunci: Universiti Malaya , Anwar Ibrahim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan