Tiga Lelaki Dihukum Mati Kerana Culik Untuk Tebusan

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia pada Jumaat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita untuk mendapatkan wang tebusan pada Disember 2009.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Koh Chun Sen, 43, pekerja kilang Lee Hee Wee, 41, dan warga Indonesia Sahri, 29, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa menahan Goh Geok Hua, 34, dengan niat meminta wang tebusan RM300,000 daripada suami mangsa, Ng Guan Kiat, 34, di KS 1006, Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah pada pukul 10 pagi, 24 Dis 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norhasmiza Othman, manakala Koh diwakili peguam Yusof Rahmat, Lee diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Sahri diwakili peguam Mohan Singh.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Hukuman Mati , Culik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan