Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bersama Senjata Api

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 1:20 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan dua orang lelaki serta merampas 0.34 gram dadah jenis Methamphetamine selain senjata api dalam serbuan di Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini, tengah malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua lelaki masing-masing berusia 49 dan 45 tahun terbabit ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di situ.

"Kedua-dua lelaki terbabit dikesan berada di dalam sebuah bilik stor di bahagian belakang rumah berkenaan. Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek sedang memegang selaras senapang angin," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebilah kerambit bersarung berwarna hitam yang disimpan dalam beg pinggang seorang lagi suspek turut dirampas.

Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri didapati masing-masing memiliki sepaket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.03 gram dan 0.31 gram, katanya.

Mohd Shuhaily berkata paket dadah berkenaan masing-masing dijumpai di dalam poket seluar dan beg sandang kedua-dua suspek..

Beliau berkata kedua-dua lelaki direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. 

 

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan