250 Anggota, Pegawai Polis Johor Dikenakan Tindakan Tatatertib

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Seramai 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja dan 24 orang digantung kerja.

"Sebanyak 245 kertas siasatan tatatertib telah dibuka melibatkan sebanyak 290 orang terdiri daripada 24 pegawai kanan, 261 anggota lain-lain pangkat dan lima pegawai awam," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan pada Julai tahun ini bagi tujuan mempertingkat keberkesanan tindakan penyeliaan, penguatkuasaan, pemulihan dalam menangani salah laku disiplin dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam.

"Saya menyeru semua pegawai dan anggota supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika bertugas terutamanya menolak dan terus membenci rasuah," katanya.

Pada majlis itu, 20 pegawai dan anggota yang menolak pemberian rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun lepas menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara yang disampaikan Mohd Mokhtar.

Beliau berkata, kempen berkenaan amat bermanfaat kepada anggota polis dalam melaksanakan fokus utama Polis Diraja Malaysia sebagai landasan pembentukan perancangan strategik pasukan untuk memantapkan integriti serta pematuhan standard.

Justeru, beliau menyeru semua pegawai dan anggota agar bermuhasabah diri membenci dan menolak amalan rasuah.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan