Lelaki Mati Ditembak Ketika Cuba Curi Lembu

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 1:10 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang lelaki dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah ladang sawit di Sungai Terah di sini, menerima padah apabila maut dipercayai ditembak pemilik lembu berkenaan awal pagi Rabu.

Suspek berusia 33 tahun berasal dari sebuah rancangan kemajuan tanah di sini, djumpai meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku pukul 6.05 pagi itu, pemilik lembu terbabit berusia 48 tahun, yang juga anggota Rela, mengejar dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dalam ladang sawit berkenaan.

"Pemandu Pajero terbabit membuat pusingan 'U' sebelum terbabas di kawasan selekoh menyebabkan pemandu Pajero itu melarikan diri ke kawasan ladang tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Rabu malam.

Beliau berkata suspek yang duduk di sebelah pemandu Pajero terbabit, turun dari kenderaan sambil melibas parang ke arah pemilik lembu berkenaan menyebabkan pemilik lembu itu melepaskan tembakan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seekor lembu yang sudah mati disyaki dicuri dan disumbat di dalam Pajero itu," katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu, pemilik lembu berkenaan membuat rondaan dalam kawasan ladang sawit itu dengan beberapa penduduk kerana tidak tahan dengan kegiatan mencuri lembu yang semakin menjadi-jadi.

Saiful Bahri berkata, siasatan polis mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah narkotik dan dalam buruan polis kerana menjalankan kegiatan mencuri lembu di beberapa kawasan di daerah ini.

Katanya, pemilik lembu itu yang mempunyai lesen memiliki senapang Rela ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: lembu , Sungai Terah , ditembak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan