Pemandu Teksi Didakwa Tampar Pemandu Wanita

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 2:34 PM

Keadaan sebuah teksi merempuh kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dari arah hadapan. Foto Facebook Friends Of BN.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu wanita mendakwa ditampar oleh seorang pemandu teksi, menjadikan ia kes samseng jalan raya yang kedua dilaporkan di Lembah Klang minggu ini.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, Tan Yun Ceat, 26, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu ketika dia sedang memandu dari Bandar Menjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angsoka kira-kira pukul 7.40 malam.

Menurutnya, ketika itu terdapat beberapa kenderaan yang sedang parkir di kiri dan kanan jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Namun Tan meneruskan pemanduan sehingga datang sebuah teksi secara tiba-tiba dari arah bertentangan.

"Lelaki yang memandu teksi tersebut membunyikan hon dengan isyarat menyuruh saya memberikan laluan sedangkan saya di laluan utama. Saya tidak mengendahkannya.

"Kemudian teksi tersebut telah merempuh kenderaan saya dari arah hadapan. Dia keluar dari kenderaannya terus menampar saya di pipi kanan dan kiri," katanya berdasarkan laporan polis yang dibuat pada hari yang sama.

Menurut Tan dia cuba melawan namun gagal.

Akibat insiden tersebut, Tan mengalami luka di bibir kanan dan pipi kanan manakala keretanya rosak di bahagian hadapan.

Sebelum ini seorang lelaki berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah kerana mengugut dan meroakkan kenderaan pemandu lain di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan kerana merosakkan kenderaan dan mengugut jenayah.

Tags / Kata Kunci: Samseng Jalan Raya , Buli Jalan Raya

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan