KD Perantau TLDM Tengelam Ketika Penyelenggaraan

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KD Perantau iaitu kapal hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang diselenggara dilapor tenggelam akibat kebocoran di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) Lumut, Perak malam Selasa.

Menurut TLDM, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian kira-kira 11.17 malam itu dan usaha untuk menyelamatkan kapal itu sedang giat dilaksanakan oleh Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan dibantu TLDM.

"Hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal tersebut sebelum kejadian berlaku berdasarkan prosedur biasa apabila kapal menjalani pembaikan," demikian menurut kenyataan TLDM pada Rabu.

TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

KD Perantau yang digunakan untuk operasi pengukuran hidrografi, pemerhatian meteorologi serta cerapan oseanografi sedang menjalani rutin kerja penyelenggaraan pasang pulih pada 10 Nov lepas.

Ia dijangka siap sebelum dikembalikan kepada TLDM pada 10 Ogos tahun depan, kata TLDM.

KD Perantau yang dibina di Limbungan Hong Leong-Lursen, Pulau Pinang ditauliahkan pada 12 Okt 1998.

Tags / Kata Kunci: KD Perantau , TLDM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan